+

Pengenalan PROMAS

Harum sungguh bunga melati. Hiasan sanggul amat memikat.

Bertolak ansur, hormat-menghormati. Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.

Promas Technology Sdn Bhd adalah pengilang tempatan yang mengeluarkan produk Jam Solat Digital. Syarikat yang berpangkalan di Lunas Kedah ini diterajui oleh 3 sahabat yang berkemahiran kejuruteraan dan berpengalaman dalam bidang jam serta berkepakaran di pemasaran. Product Promas terdiri daripada jam kegunaan rumah, surau, masjid dan dewan. Spesifikasi utama jam Promas adalah Waktu Solat TEPAT mengikut laman web e-solat JAKIM dan pertubuhan agama Islam di negara lain.

Promas Technology juga merupakan satu-satunya pengilang di Malaysia yang merangkumi semua proses jam, dari R&D sehingga jualan .Pasukan Promas Technology sangat berpengalaman dalam pembuatan jam solat digital. Kami mempunyai Design, Engineering, Production dan Assembly Line sendiri, ini membuatkan kami mampu menjadi pengilang one-stop solution dalam bidang ini. Dengan pengalaman serta kakitangan yang terlatih, kami yakin produk kami merupakan produk yang terbaik di pasaran Malaysia mahupun seluruh dunia.