Isu Tak Dapat Barang / Ditipu

(data dikemaskini pada 2-7-2019)

 

Assalammualaikum tuan-tuan dan puan-puan,

 

Jam Azan PROMAS mendapat sambutan yang sangat baik daripada para pengguna, di sini kami ambil kesempatan menyucapkan ribuan TERIMA KASIH atas sokongan anda.

Kebelakangan ini, pihak syarikat promas mendapat banyak aduan daripada pihak pembeli bahawa tidak menerima barang selepas membayar. Selepas kami mendapat maklumat yang lebih teliti daripada pengadu melalui e-aduan di promas.com.my, kami dapati syarikat itu adalah seperti berikut,

Nama Syarikat Klik dan Muat Turun
Adha Marketing Sdn Bhd Informasi SSM
Qhalesh Network Informasi SSM
Azalia Marketing Informasi SSM
Callista Marketing Informasi SSM

 

 

Nama Syarikat Klik dan Muat Turun Klik dan Muat Turun
Elit Star Service Informasi SSM Bank Akaun

Elite Star Service

Maybank 512334324751

Informasi SSM Informasi SSM

Pihak Promas syaki syarikat di atas adalah syarikat bermasalah atau syarikat penipu sebab pembeli mengadu syarikat itu tidak memberi tindak balas atau syarikat itu menuduh kilang tidak ada stok (sedangkan ini tidak berlaku) selepas pelanggan membuat pembayaran kepada mereka. Selepas kami menjalankan siasatan, pihak Promas juga tidak mendapat sebarang informasi order barang daripada syarikat berkenaan. Selalunya apabila pihak Promas menerima aduan tak terima barang melalui e-aduan di portal rasmi kami, kami akan menjalankan siasatan dan ambil langkah seperti di bawah ini,

          1. Maklum kepada wakil jualan / stokis kami untuk mereka semak samada syarikat itu ada berurus niaga dengan mereka atau tidak

          2. Jika ada, mereka akan hubungi pihak pengurusan syarikat itu dan minta dia maklum balas kepada pengadu / pembeli yang terlepas pandang

          3. Pengadu / pembeli akan dapat panggilan atau whatsapp daripada mereka untuk maklum status terkini barang yang mereka tempah / beli

          4. Stokis / wakil jualan akan terima tempahan khas (order urgent) dan informasi tempahan akan hantar terus ke Promas Technology Sdn Bhd

          5. Pihak PROMAS akan mengutamakan order urgent dan memberi barang berkenaan kepada stokis / wakil jualan lebih awal

          6. Dealer / Stokis / Wakil Jualan Promas akan hantar barang kepada pembeli yang buat aduan itu DAN SELESAI......

Oleh itu pihak PROMAS memberi cadangan kepada pembeli yang sudah membuat bayaran ke akaun syarikat itu tetapi masih tak terima barang atau tak menerima maklum balas mengenai status barang daripada pihak syarikat itu, pergi balai polis terdekat membuat laporan polis dan juga lapor kepada pihak berkuasa yang lain contoh KPDNKK supaya mereka boleh ambil tindakan yang sewajarnya ke atas syarikat itu.

Klik link ini terus boleh membuat aduan secara online KPDNKK https://eaduan.kpdnkk.gov.my/

 

Pihak Promas juga mengingatkan pelanggan membeli produk kami melalui saluran yang sah contoh di Lazada dan Shopee atau di kedai-kedai dealer kami. Jika membeli melalui Facebook atau platform online yang lain, sila pastikan pembayaran terus ke Promas Technology Sdn Bhd, informasi bank syarikat seperti berikut,

Bank Akaun Nombor Nama Syarikat
Maybank 5521 1621 4118 Promas Technology Sdn Bhd

ATAU wakil jualan / stokis / dealer yang mempunyai Authorization Letter daripada Promas Technology Sdn Bhd. Sila Whatsapp kepada Bahagian Khidmat Pelanggan PROMAS +60183138000 atau klik link ini https://www.wasap.my/60183138000/SyTakDptBrg untuk semak dan mengenal pasti Authorization Letter Promas (sekiranya perlu)

 

 

***Pihak syarikat Promas tidak bertanggungjawap di atas tempahan yang BUKAN membuat pembayaran ke bank akaun Promas Technology Sdn Bhd***